Like us on Facebook!!

PESANAN

Berminat nak dapatkan produk terbaik lelaki no 1 di Malaysia? Mencari Gel Gambir Jantan Original direct dari HQ? Hubungi saya call/sms/Whatapps ke 0162909081 sekarang

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Page Views Today

Search This Blog

GEL GAMBIR JANTAN

GEL GAMBIR JANTAN

GEL GAMBIR JANTAN

GGJ

GGJ

Pages

Like us on facebook

social counter

POPULAR POSTS

Popular Posts

Wednesday, 25 May 2016

Lemah Tenaga Batin (Part Last)


Rawatan

Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:[4]
Rawatan Oral
3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum eks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.
Alprostadil
Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus - biasanya sebelum bersenggama.
Pam hampagas zakar
Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.
rawatan hormon
Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.
Pembedahan
Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.
Khidmat nasihat
Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.
Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh ditegankan atau kaku melalu pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur dan mahal.
Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan tersendiri.
Dalam beberapa kes terdapat masaalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan.
Jenis RawatanKelebihanKekurangan / Kesan Sampingan
Rawatan Oral
* Sildenafil Citrate (Viagra)
* Cialis
* Levitra
- Efektif
* Memberikan kesan kepada 65% - 85% lelaki yang bermasalah
- Tidak kos efektif untuk jangaka masa panjang (mahal)
* Boleh menyebabkan pening kepala
* Boleh meyebabkan muka menjadi merah (flushing)
* Sakit pada bahagian perut (Dyspesia)
Implan ZakarKadar keberkesanan 81% - 90%* Komplikasi jangka panjang
- Mahal
* Jangkitan dan 'erosion'
* Pembedahan lanjutan perlu dilakukan untuk membuang implan tersebut
Pam Vakum* Selamat dan tidak melibatkan pembedahan
* Sedia digunakan untuk semua pesakit ED
* Boleh digunakan berulang - ulang kali
* Lebih murah daripada Implan Zakar
* Tidak menyakitkan
* Risiko Phimosis jika getah penambat pam dibiar melebihi 30 minit pada pangkal zakar
* Perlu mengepam sebelum persetubuhan ingin dilakukan
* Kurang selesa pada setengah penguna
* Getah penambat mudah terkoyak jika digunakan dengan cara yang kasar
Terapi Psikologi* Sesuai untuk pesakit ED secara psikologi
* Sesuai untuk orang yang mengalami masalah dipresi
* Doktor atau penyelidik perlu melakukan beberapa susulan janji temu untuk mendapatkan hasil
* Tidak boleh mengatasi masalah ED secara organik
* Terapi Suntikan Intracavernous
* Pembedahan Vaskular
* Kadar kejayaan yang tinggi
* 80%- 90% kadar kejayaan
* Rawatan secara dalaman
* Perlu pembedahan dan suntikan
* Menyakitkan
Terapi Fizikal
* Senaman Otot Lantai Pelvik2
* Senaman Aktiviti Fizikal Unik
* Solat
* Secara luaran
* Tidak menyakitkan dan tiada(sangat sedikit) risiko
* Jika rawatan berjaya, ereksi yang berlaku adalah secara semulajadi (berlawanan dengan kaedah lain)
* Pasakit perlu mempunyai /diberikan motivasi untuk menlakukan senaman
* Tempoh rawatan mengambil masa yang agak lama 3-6 bulan
Urutan Tradisional
* Teknik tradisional pada setengah budaya untuk mengatasi masalah ED
* Kaedah yang berjaya pada sesetengah individu
* Rawatan adalah secara luaran
* Terapi rawatan yang lebih kasual dan santai
* Perawat biasanya memberi tips untuk kesihatan seksual
* Kaedah ini memberi terapi yang positif pada pesakit
* Tidak mempunyai kesan sampingan seperti pengunaan ubat-ubatan
* Tidak semua pesakit pulih dengan cara ini
* Caj rawatan kadang-kadang terlalu mahal
* Perlu mendapatkan rawatan secara kerap untuk faktor kejayaan yang lebih tinggi
* Urutan boleh menyakitkan walau bagaimanapun tidak semua perawat mengurut di bahagian sensitif

Lemah Tenaga Batin (Part 2)


Diagnosis / kaedah mengesan

Setakat ini tiada cara yang formal untuk mengesan penyakit ini. Beberapa ujian darah adalah secara amnya dijalankan untuk mengasingkan penyakitkan lain seperti diabetis, hypogonalism prolactinoma.Penyakit ini juga dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang, obesiti dan penyakit kardivaskular seperti penyakit alteri koronari, dan penyakit 'peripheral vascular'.
Kaedah yang berkesan untuk membezakan pesakit mengalami ED secara organik atau psikologi ialah mengetahui samaada pesakit pernah mengalami ereksi atau tidak.

Ujian klinikal bagi mengesan ED

Ereksi zakar sewaktu tidur (Nocturnal Penile Tumescene - NPT)
Untuk lelaki normal, mereka akan mengalami ereksi sebanyak 3 - 6 kali sewaktu tidur pada waktu malam, terutamanya semasa 'pergerakan pantas mata' atau Rapid Eye Movement Sleep (REM). Jika ini tidak berlaku ia mungkin disebabkan oleh kerosakan urat saraf atau saliran darah ke dalam zakar.Ia boleh diketahui dengan menggunakan peralatan seperti :
  • Test Bands @ Snap Gauge
Kertas atau filem yang diletakkan pada zakar sebelum tidur,apabila terjaga keesokkan paginya, lihat samaada kertas atau filem tadi terlah teputus/koyak atau tidak,jika ya maka ereksi telah berlaku semasa tidur,jika tidak peseakit mungkin mengalami masalah ED
  • RigiScanTM
Sejenis alat yang perlu dipasang sebelum tidur pada zakar,sewaktu tidur, ia akan merakamkan aktiviti zakar seperti bilangan ereksi dan kekenyalan zakar.
  • Nocturnal Electrobioimpedance Volume Assement (NEVA)TM
Alat yang berfungsi berasaskan prinsip rintangan bio-elektrik.Ia dapat merekodkan aktiviti zakar sewaktu tidur seperti bilangan ereksi, jumlah darah yang keluar atau masuk ke dalam zakar,keratan rentas zakar dan panjang zakar.
Ultrasound duahala (Duplex ultrasound)
Funsgi Saraf Zakar (Penile Nerve Function)
Angiogram Zakar (Penile Angigram)
Biothesiometri Zakar (Penile Biothesiometry)

Lemah Tenaga Batin (Part 1)


Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelakiuntuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah perubatan.

Punca

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari , darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Tuesday, 24 May 2016

Thursday, 19 May 2016

Tuesday, 3 May 2016

PE tak kira usia


Menurut Kaji Selidik Tingkah Laku dan Kepuasan Seksual 2013, sebanyak 45 peratus lelaki dan 71 peratus wanita dilaporkan mengalami masalah ejakulasi pramatang (PE) dan tidak puas dalam hubungan mereka.
Sebanyak 89 peratus lelaki dan 81 peratus wanita yang mengalami masalah PE pula menyatakan, ia memberi impak negatif terhadap hubungan dengan pasangan masing-masing.
Mengapa sesetengah lelaki sukar bertahan di ranjang, sedangkan situasi ini menimbulkan tekanan emosi kepada mereka dan pasangan?
PE bermaksud seseorang lelaki mengalami ejakulasi dengan rangsangan seksual minimum dan lebih awal daripada diingini. Bagi pasangan yang kehidupan seksual mereka aktif, masalah ini boleh menjejaskan hubungan intim.
Ia juga memberi impak negatif kepada kualiti hidup dan kepuasan seksual pasangan secara keseluruhan. Ia boleh menyebabkan kekecewaan dan mengganggu keintiman yang juga komponen penting dalam kepuasan hubungan orang dewasa.
Ini sekali gus menyebabkan berlaku tekanan dan kekecewaan ketika melakukan aktiviti itu yang akhirnya memberi kesan kepada kualiti hidup.
Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr Peter Ng Eng Pin berkata, PE masalah yang sering dialami satu daripada tiga lelaki di negara ini.
"Ia boleh berlaku pada semua tanpa mengira usia. Kekurangan pendidikan dan kesedaran menyebabkan ramai lelaki menganggap ia perkara biasa sedangkan sebenarnya boleh mengganggu kualiti kehidupan mereka bersama pasangan.
"Masyarakat juga sering menganggap perkara ini sebagai tabu (pantang-larang) yang seolah-olah menjadi‚ kesalahan 'jika dibincangkan secara umum.
"Sebenarnya, PE boleh dirawat bagi membantu meningkatkan kualiti hidup setiap pasangan," katanya ketika ditemui pada sesi perbincangan PE bersama media di ibu negara anjuran Menarini Malaysia, baru-baru ini.
Menurut Dr Ng, PE masih dianggap ‘pantang 'di Asia disebabkan pesakit malu berkongsi masalahnya dengan orang lain.
"Secara umumnya, lelaki mempunyai jangkaan tidak realistik mengenai prestasi seksual mereka. Dalam kes tertentu, ia menimbulkan kebimbangan secara berlebihan.
"Wanita pula kebanyakannya sukar meluahkan keperluan seksual mereka yang mengakibatkan kedua-dua pihak tertekan dan bimbang secara bersendirian," katanya.
Golongan lelaki boleh mengalami PE walaupun pada kali pertama melakukan hubungan intim atau ia boleh terjadi dalam kehidupan mereka selepas beberapa tahun tidak pernah berdepan masalah itu.
Perasaan dialami pesakit PE boleh disamakan dengan bersin, iaitu mereka menyatakan tahu ia akan berlaku tetapi tidak dapat melakukan apa-apa untuk menahannya.
Sehingga kini, pesakit PE sukar dirawat secara terus, malah ramai menderita dalam diam dengan mengelak melakukan hubungan intim dan bergantung pada rawatan kurang berkesan atau membeli produk tidak terkawal secara online.
Ketua Pemasaran Menarini Malaysia, Shahnaz Lim berkata, sebagai syarikat farmaseutikal, pihaknya bertanggungjawab memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai PE.
"Atas rasa tanggungjawab itu, kami melancarkan kempen kempen Be-brave (Beranilah) dalam usaha membuka mata rakyat Malaysia mengenai masalah PE.
"Dalam satu kajian diterbitkan oleh Journal of Sexual Medicine, hampir 5,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun di rantau Asia Pasifik menyatakan, masalah PE lebih ketara berbanding mati pucuk (ED). ED memberi kesan kepada 20 peratus lelaki, berbanding PE sehingga 31 peratus," katanya.
Turut hadir, Perunding Klinikal Psikologi Paul Jambunathan. Berdasarkan Kajian Penularan PE dan Sikap di Asia Pasifik (PEPA) dilaksanakan Menarini, satu daripada tiga responden beranggapan masalah PE akan hilang dan percaya ia tidak boleh dirawat.
Kaji selidik mendedahkan, PE ialah kondisi perubatan yang biasa berlaku di rantau Asia Pasifik dengan satu daripada tiga lelaki mengalami beberapa bentuk PE sebagaimana didiagnosis oleh Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT).
Sebanyak 38 peratus responden lelaki Malaysia yang mengalami PE cenderung mengelak melakukan hubungan intim manakala 20 peratus lagi rasa terpinggir daripada pasangan. Kira-kira 14 peratus wanita menyatakan PE boleh menyebabkan hubungan terputus atau berlaku perceraian.
Menarini Malaysia turut menyediakan platform digital seperti Facebook di laman web www.bebrave.my dan pengunjung boleh dinilai menerusi satu siri soalan menyeronokkan untuk mengetahui tahap 'kejantanan' mereka.
Kempen ini memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tahap seksual mereka. Maklumat lanjut layari www.controlpe.com.my.
INFO
Perbezaan PE dan ED
Menegangkan alat kelamin
PE: Tiada masalah untuk tegang dan sesuai untuk hubungan intim.
ED: Sukar tegang atau mengekalkan ketegangan yang sesuai bagi tujuan hubungan intim.
Mengekalkan ketegangan
PE: Kekal tegang sehingga berlaku ejakulasi.
ED: Lembik sebelum ejakulasi atau sebelum hubungan intim berakhir.
Ejakulasi
PE: Ejakulasi berlaku sebelum lelaki mahukannya dengan rasa kawalan yang lemah menyebabkan perasaan tertekan.
ED: Lelaki mungkin cuba melakukan ejakulasi dengan cepat sebelum alat kelamin hilang ketegangan atau mungkin ejakulasi ketika lembik.
Siapa yang terkesan
PE: Biasa berlaku kepada lelaki tiada had umur.
ED: Lebih biasa berlaku pada lelaki berusia.

ED tanda awal penyakit serius



Masalah mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) adalah lumrah dan ia menjadi satu rahsia yang sukar dibincangkan dalam kalangan lelaki.
Ia berkaitan dengan kesihatan seseorang dan satu isyarat kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung koronari, diabetes dan strok. Lazimnya, pesakit akan menyimpan masalah ini dan mencuba pelbagai herba mahupun ubat tradisional kerana faktor malu atau ego.
Masalah ED boleh juga berpunca daripada pelbagai punca seperti kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, penyakit diabetes, pengambilan alkohol, merokok, tekanan, tidak aktif secara fizikal atau kurang bersenam, kecederaan, ketidakseimbangan hormon, penyakit jantung, penyakit darah tinggi, ketagihan dadah, kerosakan saraf dan terlalu keletihan.
Ada juga faktor psikologi seperti rasa rendah diri ‘tidak mampu’, kemurungan, rasa bersalah, masalah hubungan dengan pasangan dan tekanan yang melampau.
Jika masalahnya adalah selain daripada masalah saluran darah arteri yang menyempit, maka ubat-ubatan seperti sildenafil, taladafil dan verdanafil tidak akan berkesan. Faktor psikologi perlu dirawat puncanya daripada aspek psikologi.
Secara fisiologinya, fungsi ereksi zakar adalah satu interaksi kompleks antara saraf, otot, emosi, hormon, otak dan pengaliran darah ke zakar. Apabila saluran darah arteri yang menyalurkan darah ke zakar menjadi sempit akibat masalah pengerasan saluran darah atau ‘atherosklerosis’ maka pengaliran darah ke zakar akan terganggu menyebabkan masalah mati pucuk atau zakar tidak mencapai ketegangan yang mencukupi.
Saluran darah arteri ke zakar adalah lebih kecil berbanding dengan saluran darah ke jantung, buah pinggang dan otak. Oleh itu jika seseorang mengalami masalah mati pucuk ia adalah petanda awal masalah serangan jantung, buah pinggang dan strok di masa hadapan. Bagi pesakit diabetes pula, di samping masalah kerosakan saluran darah, faktor hormon testosteron yang rendah juga menyebabkan masalah mati pucuk. Makanan yang kita ambil juga boleh mempengaruhi kesan jangka masa panjang untuk masalah mati pucuk.
Dalam satu kajian oleh Universiti Harvard yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2016 membabitkan kajian selama 20 tahun menunjukkan, lelaki yang makan lebih tinggi makanan yang mengandungi flavonoid tiga kali seminggu mempunyai risiko yang lebih rendah mendapat masalah mati pucuk apabila mereka sudah berusia.
Pengkaji dalam kajian ini mengawal sampel kajian membabitkan 25,000 peserta berdasarkan faktor seperti aktiviti fizikal, pengambilan arak, diabetes dan faktor fizikal lain seperti kegemukan yang juga boleh menyebabkan masalah mati pucuk.
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan lelaki yang berumur kurang 70 tahun mempunyai risiko 11 hingga 16 peratus lebih rendah mendapat masalah mati pucuk apabila mereka mengamalkan makanan yang tinggi flavonoid.
Makanan yang mengandungi flavonoid adalah makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai sifat antioksidan, oleh itu ia membantu melawan kesan radikal bebas yang boleh merosakkan saluran darah dan saraf.
Bahan flavonoid ini membantu masalah mati pucuk dengan memodulasi laluan isyarat sel iaitu secara selektif menghalang enzim kinases, regulator fungsi sel dan kitaran sel dan mengurangkan keradangan serta respons lekatan sel yang menyebabkan masalah atherosklerosis pada dinding saluran darah arteri yang menjadi punca kepada saluran darah ke zakar menjadi sempit.
Wujud bukti yang kuat melalui kajian saintifik menunjukkan bahan flavonoid ini juga membantu mengurangkan risiko sakit jantung koronari, strok, kanser, penyakit saluran darah, darah tinggi dan penyakit saraf neurodegeneratif di mana tanda awal semua penyakit kronik itu adalah masalah mati pucuk.
Apakah makanan yang kaya dengan flavonoid ini. Secara umumnya semua buah-buahan mengandungi bahan flavonoid ini tetapi ada beberapa buah-buahan yang mempunyai kandungan flavonoids lebih tinggi daripada yang lain seperti buah berri (cranberi, blueberi, blackberi, strawberi, raspberi, ceri), zaitun, delima, tin, pisang, plum, pic, limau, pitaya, kurma and daun teh.
Antara bahan semula jadi yang boleh diambil sebagai suplemen untuk membantu masalah mati pucuk dalam kategori ringan dan sederhana adalah seperti ekstrak tongkat ali, esktrak ginseng, buah tin, pati minyak zaitun, minyak ikan, piknogenol, L-arginine dan teh yohimbine kerana kajian menunjukkan bahan berkenaan membantu meningkatkan paras nitrik oksida (NO) dalam otot lembut saluran darah pada zakar yang menyebabkan pertambahan pengaliran darah ke zakar.
Gaya hidup dan pemakanan yang sihat perlu kita amalkan untuk mengekalkan kelelakian seseorang dengan mengamalkan beberapa tip seperti mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula dalam pemakanan seharian kita kerana penggunaan gula yang tinggi akan mengganggu hormon testosteron dan menurunkan nafsu syahwat.
Mengawal paras glukosa darah dan paras insulin dalam tubuh seseorang juga amat penting untuk mengelakkan masalah mati pucuk awal.
Mengehadkan vitamin D dalam tubuh juga penting untuk keseimbangan hormon juga mencegah penyempitan saluran darah ke zakar.
Bersenam setiap hari dan kekal aktif secara fizikal juga amat penting untuk mengekalkan paras hormon dan meningkatkan pengaliran darah.
Berhenti merokok dan elakkan pengambilan arak juga penting untuk menjaga kesihatan seksual. Kita juga perlu memastikan rehat dan tidur yang cukup setiap hari yang boleh membantu mengekalkan tenaga kelelakian hingga ke usia emas. Insya-Allah.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:00 AM