Tanda Tanda/ Simptom Masalah Ejakulasi PraMatang
1. Klimak Sebelum Pasangan Puas
Jika anda berejakulasi sebelum pasangan anda merasa puas,maka boleh dianggap anda menderita ejakulasi pramatang. Ejakulasi yang selalu terjadi dalam satu minit atau kurang sewaktu kemasukan zakar sedang berlaku. Adanya masalah ketidakmampuan untuk menunda ejakulasi ketika melakukan penetrasi.
2. Ketahanan Kurang Dari 2 Minit
Profesional perubatan umumnya sepakat mengatakan bahawa jika ejakulasi berlaku dalam masa kurang dari 2 minit, maka anda mempunyai masalah ejakulasi yang terlalu cepat. Ejakulasi pra-matang berlaku apabila seorang lelaki berejakulasi terlalu cepat ketika berhubungan seks, atau dalam kes yang teruk, ia berlaku sebelum penembusan zakar ke dalam faraj.
Ejakulasi pramatang yang dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terutama dipihak pasangan. Perlu diketahui bahawa meski pun seorang lelaki menderita ejakulasi pra-matang, ia masih tetap dapat merasakan orgasme. Bezanya ialah lelaki terlalu cepat selesai sedangkan pasangannya masih mengharap.
3. Ereksi Yang Amat Cepat
Anda mungkin mengalami ereksi yang sangat cepat. Mungkin anda menganggap ini sebagai sesuatu yang positif, tetapi jika ditinjau dari skala prestasi ghairah seksual anda, hal tersebut boleh menjadi petanda negatif.
Bayangkan skala prestasi seksual anda 1-10 (dimana angka 1 adalah tahap awal ghairah seks dan 10 adalah tahap ejakulasi). Seorang lelaki yang menderita ejakulasi pra-matang berjalan melalui skala dari 1 hingga 10 jauh lebih cepat berbanding lelaki lain. Inilah sebabnya mengapa penderita ejakulasi awal lazimnya cenderung mendapat ereksi yang jauh lebih cepat dibandingkan dengan kebanyakan lelaki lain.
4. Faktor Pemikiran
Sebelum hubungan seksual berlaku, sudah timbul perasaan dari dalam diri yang memberitahu anda bahawa prestasi seksual anda sedang tidak normal. Ini adalah gejala ejakulasi pra-matang disebabkan pemikiran. Gejala psikologi merupakan ciri-ciri dan symptom ejakulasi pramatang yang paling ketara. Kurang keyakinan yang dirasai mengganggu prestasi.
5. Tiada Rangsangan Seksual
Seorang penderita boleh mengalami ejakulasi tanpa rangsangan aktiviti seksual sebenar, ia mungkin seperti sentuhan fizikal biasa seperti rabaan dan ciuman, rangsangan visual, menonton filem porno atau berkhayal erotik.
6. Rangsangan Visual Melampau
Sebahagian besar pesakit mengalami ejakulasi hanya dengan rangsangan visual sahaja (mental). Ini disebabkan kerana otot PC Muscle tidak cukup kuat untuk menahan desakan ejakulasi sewaktu anda terangsang secara visual/pandangan. Jika anda sedang menonton filem porno/lucah dan mengalami orgasme, maka itu adalah petanda ejakulasi pra-matang.
7. Masturbasi Dengan Kaki Terbuka
Anda kesukaran mengawal ejakulasi ketika kaki anda terbuka dan atau berasingan. Apabila seseorang yang menderita ejakulasi pra-matang melakukan masturbasi, dia mungkin akan sukar mengawal ejakulasinya jika kedua kakinya berkedudukan terbuka (jauh terpisah satu sama lain). Namun sebaliknya jika dia melakukan masturbasi dengan kaki menyentuh satu sama lain atau kangkangan tertutup, dia akan lebih mampu mengawal ejakulasinya.
8. Air Kencing Masih Menitis Selepas Buang Air Kecil
Beberapa pesakit ejakulasi pramatang melaporkan bahawa setelah selesai buang air kecil, mereka mempunyai kecenderungan untuk menitiskan lagi urin tersebut. Para penyelidik percaya bahawa perkara ini berlaku kerana pesakit ejakulasi pra-matang mempunyai otot PC yang sangat lemah yang menyebabkan tumpahan air kencing berlebihan.
Ciri dan simptom diatas dapat memberi gambaran kepada tiap pasangan. Sila lihat juga bahawa kadang-kadang ejakulasi pra-matang ini agak samar samar kerana harapan setiap lelaki terhadap seks berbeza-beza. Anda mungkin merasa bahawa dapat bertahan 10 minit sudah mencukupi tetapi lelaki lain boleh berpandangan berbeza.
Selain itu, anda juga perlu mengetahui tahap kepuasan pasangan anda. Jika pasangan anda dapat mengalami orgasme sebelum andaejakulasi atau klimak, meskipun itu hanya dua minit penetrasi, dan anda berdua merasa puas, bermakna anda sebenarnya tidak menderita ejakulasi pra-matang. apa yang penting ialah memastikan anda serta pasangan anda puas dan klimak bersama, tidak peduli berapa lama anda berhubungan intim.
Namun jika anda adalah lelaki yang dalam kelompok bermasalah ini, tidak perlu terlalu risau kerana setiap penyakit dan masalah, pasti ada penyelesaiannya. Paling penting anda mahu berikhtiar untuk mengubatinya. Jauhi perasaan malu demi kebahagiaan bersama anda dan pasangan anda demi rumahtangga yang dibina.
0 comments:
Post a Comment