INGINAN MEMILIKI ANAK BUKAN BERMAKSUD SEKS TIADA PERASAAN
Setelah keputusan untuk memulakan sebuah keluarga telah dibuat, pertaruhannya kelihatan agak tinggi. Hubungan seks yang tadinya menyenangkan, boleh bertukar menjadi sebuah tekanan. Bahkan, untuk beberapa pasangan yang merasakan seks adalah sesuatu yang melelahkan dan membuatkan mereka berasa tertekan.
Kehidupan seks yang bahagia dan sihat sebenarnya sangat diperlukan terutamanya untuk sebuah pasangan yang menginginkan kehamilan dari aktiviti tersebut. Menurut Mirror, terdapat tips tentang bagaimana menjaga romantika seks ketika pasangan sangat berharap untuk mendapatkan kehamilan setelah melakukan hubungan intim.
1. Jangan Menjadikan Seks Sebagai Tugas
Pasangan yang sangat ingin memiliki anak lebih cenderung untuk melihat seks sebagai suatu rutin dan tugas. Bagi kebanyakan pasangan terutama mereka yang telah mencuba untuk hamil pada waktu yang lama, melakukan hubungan seks boleh menjadi suatu tekanan. Lebih baik jika mereka berbuat seperti biasa dan hanya mengharapkan yang terbaik.
2.Jangan Melakukannya Kerana Permintaan
Setiap perempuan yang diajak berbual dengan Dr Kim Clugston mengatakan tentang betapa sukar untuk mereka melakukan hubungan seks secara teratur pada akhir setiap waktu. Ketika tidak ada sebarang hasil positif terjadi, hal tersebut dapat menyebabkan tekanan di dalam hubungan. sesudahnya ia akan menyebabkan seks menjadi dingin.
3.Pertimbangkan Kesuburan anda
Jika seks hanya dijadikan sebagai salah satu dari usaha untuk hamil, setelah ovulasi terjadi, tidak perlu untuk meneruskannya. Namun nyatanya, berhubungan seks dapat menjaga perasaan sebagai suatu bentuk keselesaan bukan hanya untuk mendapatkan bayi. Pastikan bahawa seks anda tidak hanya tentang membuat bayi.
4.Tidak Perlu ‘The Big O’
Meskipun perlu diambil kira bahawa ketika seorang perempuan mencapai kemuncak seksual boleh membantu meningkatkan kontraksi rahim yang dapat membenarkan ‘pertemuan’ antara sel telur dan sperma, namun tidak ada bukti yang kuat yang boleh mengatakan bahawa pasangan harus sampai pada titik kemuncak seksual untuk membolehkan mereka hamil.
5.Setiap Pasangan Ada Kes Berbeza
Setiap pasangan akan menghadapi tekanan dengan cara yang sangat berbeza. Terdapat beberapa lelaki yang ingin lebih terlibat dengan memastikan tentang kesuburan pasangannya sehingga mereka berdua menyedari ketika mereka benar-benar perlu mencuba. Ini kerana setiap kes pasangan adalah sangat berbeza.
0 comments:
Post a Comment