June 18, 2017 Unknown
- Tekan batang zakar dengan 2 jari ketika anda merasa hampir klimak atau bila sudah merasa air mani akan keluar ketika hubungan intim. Ini dapat mencegah mani dari keluar dan dapat memanjangkan masa hubungan intim.
- Cuba alihkan fikiran anda ke sesuatu yang lain dan jangan terlalu memfokus kepada kegairahan persetubuhan bila anda merasai sudah hampir klimak. Ini dapat meminimakan kegairahan anda dan seterusnya zakar terus mampu bertahan lama.
- Pakai kondom yang tebal untuk mengurangkan sensitiviti sentuhan zakar dengan faraj/vagina. Ini paling baik untuk lelaki yang memiliki zakar yang terlalu sensitif kepada sentuhan anggota tubuh dan faraj wanita. Kurang sensitif berarti zakar mampu kekal tegang lebih lama dan lambat pancut mani.
- Amalkan ubat atau pil yang mengandungi serotonin atau herba bagi meningkatkan serotonin untuk anda yang di bawah tekanan atau depresi. Pengambilan harus dengan nasihat doktor bertauliah kerana kelebihan serotonin juga boleh menjejaskan libido. Kekurangan libido boleh pula akibatkan berkurangnya nafsu atau keinginan terhadap seksual. Amalkan herba Damiana merupakan solusi alternatif terbaik.
- Mencabut keluar zakar dari faraj sebelum pancutan berlaku. Ini dapat meredakan dan menenangkan zakar untuk seketika waktu serta mengelakkan pancutan cepat terjadi. Kemudian sambung aktiviti persetubuhan dan ulangi cara ini. Bagaimana pun wanita lazimnya tidak menyukai kaedah ini kerana mereka lebih gemarkan zakar yang tegang dan padat sentiasa bergerak keluar masuk di dalam faraj secara terus sehingga mereka klimak.
- Pembedahan saraf oleh pakar urologi bertauliah bagi atasi bahagian saraf berkaitan zakar yang bermasalah. Bagaimana pun cara ini kurang popular selain ia sangat mahal dan ada resiko tersendiri.
- Latihan mental untuk sentiasa lebih tenang terutamanya bila berlaku ketegangan hubungan dan komunikasi dengan pasangan. Amalkan solat dikala tertekan, membaca surah al quran, mendengar muzik yang mengasyikkan dan damai atau bercuti seketika ke tempat tempat peranginan yang indah dan harmoni.
- Lakukan terapi seksual dengan bantuan pasangan. Anda berbaring terlentang dan pasangan akan lakukan onani. Bila pancutan hampir berlaku, pasangan hendaklah menekan batang zakar anda dengan dua jarinya (jari tengah dan ibu jari). Lakukan ini berulang kali sebagai satu latihan untuk ketahanan zakar menegang lebih lama di dalam vagina wanita.
- Lakukan latihan Pelvic Floor Muscle iaitu melatih otot bawah punggung (ini sering dilakukan wanita untuk menguatkan otot dan cengkaman/kemutan faraj). Otot ini juga dikenali sebagai otot seksual yang mengawal uterus, rectum, zakar, faraj dan organ organ lain yang berkaitan. Caranya ialah dengan menahan kencing seketika waktu semasa membuang air kecil, dan ini dilakukan 2 atau 3 kali sebelum anda kencing sepenuhnya. Sering lakukan ini. Tujuannya ialah untuk melatih agar otot otot berkaitan bertemu dan berfungsi dengan baik dan dapat mengawal situasi bila diperlukan. Kaedah ini adalah hasil penemuan Dr Arnold Kegel dan ia popular disebut sebagai Terapi Kegel.
- Manfaatkan dan mengamal herba herba terpilih yang terbukti telah dapat membantu mengatasi masalah ejakulasi pra matang ini, umpamanya herba herba Damiana, Catuaba, Maca, Tongkat Ali, Gambir Sarawak dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment