Apa sebenarnya masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang ini?
Ramai lelaki hari ini yang sering google atau buat carian untuk ubat kuat atau lebih tepat ubat tahan lama (men delay/prolong gel or spray) untuk atasi masalah zakar mereka yang cepat klimak atau pancut mani awal sewaktu berhubungan intim. Tetapi apa sebenarnya masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang ini?.
Apa sebab ianya berlaku dan apa kah simptom atau gejala yang disebut ejakulasi pramatang (premature ejaculation) ini. Dengan mengetahui punca serta gejalanya, baru lah kaedah rawatan atau ubatan yang tepat boleh didapati. Tanpa tahu kedudukan sebenar, pembelian sebarang produk mungkin hanya akan merugikan.
Masalah ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau pancutan awal iaitu kegagalan zakar menahan klimak dalam tempoh masa tertentu atau dengan kata mudah, lelaki klimak sebelum pasangan merasa puas, amat menghantui ramai lelaki. Namun realitinya ramai lelaki hari ini mengalami masalah pancutan pramatang ini. Posting ini akan menyentuh tentang punca punca atau penyebab kepada "premature ejaculation" ini serta ciri ciri atau simptom untuk mengenalinya.
Antara sebab sebab utama kepada masalah ini ialah:
.
1. Penderita Mati Pucuk (disfungsi erektil)
Lelaki yang mempunyai masalah disfungsi erektil mengalami kesukaran mendapatkan ereksi yang yang cukup ketika hubungan imtim. Kerana menyedari keadaan mereka itu, membuat mereka melakukan seks dengan terburu-buru kerana bimbang ketegangan zakar tidak dapat bertahan (menjadi lembik). Kerana gagal mengawal ejakulasi menyebabkan mereka mengalami orgasme dengan cepat.
2. Amalan Masturbasi
Amalan masturbasi (melancap) yang salah menyebabkan ramai lelaki alami masalah ini. Sewaktu masih muda ramai lelaki yang melakukan masturbasi bila kegairahan untuk mendapatkan kenikmatan orgasme dengan cepat.
Melakukan masturbasi dengan terburu-buru menyebabkan tindak balas saraf menjadi terbiasa dan bergerak cepat apabila menerima rangsangan seksual sehingga bila berhubungan intim dengan wanita, tindak balas saraf ikut juga menjadi cepat terhadap rangsangan dan otak mengarahkan tubuh untuk segera klimak. Amalan melancap yang salah ini mengajar dan mendidik tubuh lelaki selama bertahun-tahun untuk memfokus secara salah.
3. Perasaan Ghairah Keterlaluan
Keghairahan atau rangsangan seksual yang terlalu kuat menjadikan seorang lelaki tidak mampu mengawal desakan ejakulasi yang sedang berlaku. Hakikatnya ejakulasi pra-matang atau pancutan awal mani/sperma adalah masalah terbesar kaum lelaki. Malah ada artikel yang mencatatkan bahawa kira-kira 90 peratus punca pancutan pramatang ini adalah berkait dengan psikologi berbanding anatomi. Seorang pakar seksologi terkenal menjelaskanbahawa ejakulasi pra-matang akibat dari terlalu ghairah ketika berhubungan intim tidak ubah seperti seseorang lelaki yang belum pernah bercinta atau melihat tubuh gairah wanita buat pertama kali. Mereka yang mengalami ejakulasi terlalu cepat ini disebabkan kegagalan mengawal emosi dan otak sendiri.
4. Masalah Hubungan Dan Komunikasi
Faktur perhubungan dan komunikasi antara dua pasangan amat menyumbang kepada masalah ejakulasi pramatang, dan pancutan awal boleh berlaku disebabkan oleh kurang harmoni hubungan pasangan, misalnya seperti ada perasaan sakit hati atau konflik yang belum diselesaikan yang mengganggu kemampuan untuk mencapai keintiman emosi.
Masalah dengan pasangan boleh membuat seorang lelaki mengalami ejakulasi pramatang. Ketika sedang tertekan atau merasa bimbang mengenai keadaan hubungannya dengan pasangannya, maka hampir sepanjang waktu prestasi seksual cenderung berfungsi dengan tergesa-gesa dan situasi ini mengakibatkan masalah pancutan awal.
5. Kurang Pengalaman Dan Pengetahuan Seksual
Ejakulasi pramatang juga boleh berlaku kerana kurangnya pengalaman. Situasi ini sering dialami oleh lelaki yang masih remaja atau malah pada lelaki dewasa yang masih kurang pengalaman dalam urusan seksual.
Resiko ini berkaitan dengan kurangnya pengetahuan tentang tindakbalas seksual laki-laki dan perempuan. Sebahagian mereka ini mempunyai masalah saikologi (seperti rasa takut, rasa bersalah, atau cemas) yang sangat tinggi ketika melakukan aktiviti seksual.
Jahil tentang proses terjadinya ejakulasi menjadikan ramai lelaki tidak tahu apa yang harus dibuat ketika berhubungan intim. Mereka merasa tertekan dan cemas waktu berhubungan. Mereka sangat bimbang dengan prestasi seksual mereka sendiri sehingga merasa tertekan dan membuat mereka berusaha mencapai orgasme lebih cepat dari waktu sewajarnya.
Terlalu banyak stres dan aktiviti fizikal sebelum seks biasanya turut memberikan sumbangan terhadap masalah ini. Dan lazimnya ini dialami oleh lelaki-lelaki berusia muda. Hampir semua lelaki berusia 50 tahun mengatakan bahawa mereka lebih boleh tahan lama di usia lanjut berbanding waktu muda belia sebelumnya.
6. Kurang Serotonin
Kaji selidik dan ujian terkini menunjukkan bahawa serotonin iaitu hormon semulajadi yang dihasilkan oleh saraf berperanan aktif dalam proses ejakulasi. Sebuah kajian telah membuktikan bahawa kadar serotonin yang tinggi di otak seseorang akan melambatkan masa untuk ejakulasi, sementara kekurangan serotonin ini akan membuat seorang lelaki menderita ejakulasi pramatang.
Beberapa jenis ubat tekanan darah tinggi dan anti stress (tekanan) biasanya dapat meningkatkan kadar serotonin. Ini antara sebab sebahagian doktor yang memberi ubat tersebut kepada penderita untuk atasi masalah pancutan awal.
7. Sensitiviti Melampau
Sebahagian lelaki mempunyai tubuh yang sangat sensitif. Pergeseran atau geseran kulit yang terjadi semasa berhubungan menimbulkan sensasi yang luar biasa yang membawa ejakulasi pra-matang.
8. Masalah Prostat
Beberapa penyakit seperti masalah prostat juga boleh menyebabkan ejakulasi awal. Gangguan seksual ini juga boleh disebabkan oleh kecederaan fizikal yang mempengaruhi sistem saraf.
9. Faktur Genetik
Keseluruhan sistem saraf dan organ-organ seksual di dalam tubuh mempunyai tujuan utama ketika melakukan aktiviti seks iaitu untuk pembiakan atau berkembang biak. Ejakulasi awal menunjukkan fungsi tubuh yang sangat optima menjalankan tujuan pembiakan tersebut. Gen di dalam badan ingin memastikan seseorang lelaki itu melakukannya dengan secekap mungkin, membuatkan dia klimaks terlalu cepat.
10. Kerosakan Sistem Saraf
Ini antara punca yang jarang berlaku. Kerosakan sistem saraf akibat pembedahan atau trauma, berhenti daripada penggunaan dadah yang disebut trifluoperazine atau yang digunakan untuk merawat gelisah dan masalah kesihatan mental seseorang lelaki, ikut menyumbangkan kepada masalah pancutan awal.
11. Penggunaan Ubat Tertentu
Pengambialan sebahagian ubatan tertentu seperti ubat selsema yang mengandungi ephedrine pseudo, juga boleh menyebabkan ejakulasi awal. Dalam kes ini yang terbaik adalah berunding secara terbuka dengan doctor.
Punca ejakulasi pramatang diatas adalah gambaran umum yang diperoleh daripada lelaki-lelaki yang mengadu mengalami masalah ini. Penyebab yang pasti masih belum diketahui dengan jelas, misalnya mengapa seorang lelaki boleh mengalami pancutan yang terlalu cepat sedangkan lelaki lain dalam situasi yang sama tidak mengalami masalah tersebut.
Setelah anda mengetahui faktor-faktor penyebab ejakulasipramatang, maka anda boleh melakukan proses diagnosis diri untuk tindakan rawatan yang berkesan.
0 comments:
Post a Comment