Like us on Facebook!!

PESANAN

Berminat nak dapatkan produk terbaik lelaki no 1 di Malaysia? Mencari Gel Gambir Jantan Original direct dari HQ? Hubungi saya call/sms/Whatapps ke 0162909081 sekarang

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Page Views Today

Search This Blog

GEL GAMBIR JANTAN

GEL GAMBIR JANTAN

GEL GAMBIR JANTAN

GGJ

GGJ

Pages

Like us on facebook

social counter

POPULAR POSTS

Popular Posts

Friday, 19 February 2016

Lemah Tenaga Batin – Realiti atau Mitos.


Lemah tenaga batin sebenarnya lebih merujuk kepada ketidak upayaan kaum lelaki mengekalkan daya tahan seksualitinya untuk memuas nafsu kaum wanita dalam ertikata perhubungan suami isteri. Juga dirujuk sebagai mati pucuk, masalah ini merupakan masalah dalaman yang sukar untuk di kesan oleh orang sekelilingnya. 


Aku juga tidak terlepas dari berhadapan dengan masalah lemah tenaga batin ini. Beberapa bulan sebelum aku dimasukkan ke hospital iaitu kira-kira lapan tahun dahulu, secara tiba-tiba saja aku tidak dapat lagi mengawal tenaga batin ku. Alat kelamin aku secara tiba-tiba saja menjadi tidak bertenaga. Situasi itu menimbulkan kehairanan dan kegusaran kepada aku kerana sebelum ini aku tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan. Aku tak pasti apa sebenarnya yang berlaku keatas diri aku sehingga terjadinya peristiwa itu.

Aku cuba berusaha mencari penawar untuk mengatasi masalah lemah tenaga batin ini. Namun tidak banyak kesan yang aku dapat malah jauh sekali untuk pulih. 

Setelah aku dimasukkan ke hospital dan disahkan mengidap penyakit leukemia CML, aku diberikan ubat hydroxyurea untuk mengurangkan kandungan sel-sel darah putih yang terlalu tinggi. Selepas seminggu aku menjalani rawatan dan bacaan darah menunjukkan penurunan yang ketara, ketika itu aku mula merasakan terdapat respon atau tindak balas keatas kemaluan aku. Awal pagi ia cukup aktif seperti sebelum ini malah ia cukup mengembirakan aku.

Secara tak langsungnya, lemah tenaga batin sebenarnya berkait rapat dengan sejauh mana kuliti darah kita dapat menghantar bekalan oksigen ke otak dan juga kebahagian alat kelamin kita. Jika proses itu terganggu dengan komposisi darah dan hormon yang tidak seimbang maka ia akan memberi tindakbalas yang tidak baik keatas keaktifan alat kelamin kita. 

Masalah Lemah Tenaga Batin kembali semula. 

Setelah hampir lapan tahun aku mengidap penyakit leukemia CML dan setiap hari wajib mengambil ubat Glivec, secara tidak semena-mena masalah lemah tenaga batin itu berlaku semula. Keputusan ujian darah terbaru tidak menunjukkan peningkatan yang mungkin menyebabkan masalah itu. Begitu juga paras kolesterol dan gula yang mungkin mengganggunya. Keadaan ini sebenarnya akan menimbulkan kegusaran dan kebimbangan namun begitu aku mengambil sikap lebih bersabar dan mula berfikir untuk mencari jawapan untuk mengatasinya.

Dari rujukan aku, pengambilan ubat Glivec tidak banyak memberi kesan langsung keatas tenaga batin seseorang lelaki. Mungkin peratusan itu ada tetapi ia lebih kepada pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis dan juga masalah paras kolesterol yang tinggi. Akan tetapi aku tidak mempunyai masalah itu langsung. 

Untuk mengatasi masalah lemah tenaga batin ini, aku telah mencuba beberapa petua yang sebenarnya membantu dan berkesan sekali. Antaranya.

1. Blender satu pelepah saderi (celery) bersama lobak merah (carrot) dan minum air jus campuran tersebut satu gelas sehari. Seeloknya campurkan beberapa ulas bawanga putih. Bawang putih akan melancarkan lagi pergerakan darah.

2. Makan makanan berdaging terutama daging kambing.

3. Makan pisang. Pisang sebenarnya tidak memberi kesan langsung keatas masalah lemah tenaga batin tetapi ia merangsang hormon untuk merasa lebih relax, seronok dan tenang. Ia penting untuk pasangan ketika melakukan perhubungan sex. 

4. Rebuslah segenggam buah pelaga bersama segenggam halba dan minumlah airnya sekali sehari. 

5. Elakkan memakan sayuran seperti kacang bendi, produk dari kacang soya, minuman bergas, gula berlebihan, alkohol, merokok dan sebagainya. 

Betulkah VIAGA menyelesaikan masalah lemah tenaga batin?

Seperkara lagi ialah, apabila kita sebut perkataan VIAGRA tentulah ia dikenali ramai. Ia sinonim sekali dengan masalah lemah tenaga batin. Namun begitu penggunaannya secara tidak terkawal akan membahayakan pengguna nya kerana ia akan memberikan kesan keatas jantung dan akhirnya berlaku kematian. 

Sebenarnya jika diteliti bagaimana Viagra bertindak untuk membangkitkan semula nafsu sex seseorang lelaki ialah dengan meningkatkan lagi paras asid Nitric Oxide (NO) didalam darah. Peningkatan kandungan NO akan mejadikan salur darah lebih kenyal dan lebih besar. Seterusnya darah dapat dipam dan bergerak dengan mudah keotak dan ke organ sex. Tindakbalas akan berlaku. 

Namun begitu anda sebenarnya tidak perlukan pil Viagra kerana anda boleh amalkan pemakanan berikut untuk meningkatkan paras NO didalam darah. Dan akhirnya anda akan mengecapi kestabilan didalam tindakbalas keatas organ sex anda. 

Berikut adalah senarai 20 makanan yang boleh meningkatkan paras Nitric Oxide NO didalam darah:

1. Dark Chocolate – koko dikatakan dapat meningkatkan nitric oxide dan mengurangkan masalah tekanan darah rendah. Sebaiknya kita mengambil biji kopi yang belum diproses lagi kerana biji koko yang telah tersedia itu sebenarnya terlebih proses.

2. Buah tembikai – mengandungi L-Citrulline yang terbaik untuk merangsang penghasilan NO. 

3. Buah delima – mampu meningkatkan paras hormon testosterone sehingga 22%

4. Walnut – mengandungi vitamin E yang sangat membantu saluran ateri dan meningkatkan hormon testosterone.

5. Beras Perang – membantu meningkatkan pengaliran darah.

6. Bayam – mengandungi paras Nitrat tertinggi didalam kategori sayuran. 

7. Orange – mengandungi vitamin C yang dapat melindungi NO.

8. Ubi Bit (beetroot) – juga mengandungi paras nitrat yang tinggi.

9. Cranberries.

10. Bawang Putih.

11. Teh Hitam.

12. Cili burung atau cili kecil.

13. Madu.

14. Kacang Pistachios.

15. Ikan salmon.

16. Kale.

17. Organ binatang.

18. Bawang besar.

19. Udang.

20. Jem Kacang tanah.

Jika anda mengalamai masalah lemah tenaga batin anda boleh melihat semula apakah diet anda sebelum ini. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan diet dengan mengambil dan memasukkan senarai makanan tersebut diatas untuk mengembalikan kekuatan tenaga kelelakian anda. 

Betulkah Tongkat Ali dan Ginseng dapat meningkatkan tenaga sex lelaki?

Daripada rujukan, produk tongkat ali dan ginseng sebenarnya mampu meningkatkan lagi paras hormon testosteron orang lelaki

Namun begitu disebabkan aku mengambil ubat Glivec setiap hari jadi aku terpaksa lupakan ubat tongkat ali atau ginseng kerana ia bukan membantu tetapi sebenarnya memberi kan kesan sampingan yang aku sendiri tidak mampu untuk atasinya. Disebabkan keadaan nya yang panas ditambah pulan kesan ubat Glivec itu juga panas maka ia memyebabkan ketidak selesaan perut dan sering berlaku sakit perut dan cirit. Jadi terpaksalah aku mengelakkan menggunakan kedua-duanya itu. 

Kebanyakkan minuman tongkat ali dan ginseng yang terdapat dipasaran mengandungi paras gula yang amat tinggi. Ini sebenarnya tidak sesuai langsung kepada kita kerana ia akan meningkatkan paras kandungan gula didalam darah. Ia juga amat tidak baik bagi pesakit kencing manis. 

Kerjasama Pasangan Amat membantu.

Dalam sesebuah rumahtangga, apabila berlaku masalah lemah tenaga batin kepada suami, maka pihak isterinya perlulah lebih bersabar dan membantu agar pasangannya mendapat kembali keyakinan diri dan berusaha untuk memulihkan keadaan. Sebenarnya jika pasangan anda tidak mengidap apa-apa penyakit kronik maka sebenarnya ada jalan untuk memulihkan penyakit lemah tenaga batin ini. Cuma sebagai peringatan, elaklah daripada menggunakan ubat-ubat dadah moden ini yang dikatakan mampu untuk memulihkan penyakit lemah tenaga batin ini kerana ubatan tersebut akhirnya akan memberikan kesan yang tidak baik dikemudian hari. Ini kerana dos yang semakin meningkat diperlukan setiap hari untuk mengatasi masalah tersebut dan akhirnya tiba pada suatu masa masalah lemah tenaga batin itu akan kekal tiada lagi ubat lain yang boleh memulihkannya. Jadi eloklah di pulihkan dengan menggunakan bahan-bahan herba semula jadi atau diet yang telah di kongsikan bersama. Semoga semua yang dikongsi ini dapat membantu anda hendaknya. 

0 comments:

Post a Comment